Saturday, September 6, 2014

"Jangan Mandi Malam Nanti Dapat Paru Paru Basah"




Kata nenek, "Jangan Mandi Malam Nanti Dapat Paru Paru Basah"
.... pada pendapat saya ini adalah pantang larang yang tidak relevan di masa sekarang.

Isu mandi malam boleh bawa penyakit adalah sesuatu yang tidak praktikal untuk kita yang tinggal di negara yang cukup lengkap infrastruktur nya. 

Kita tidak lagi mandi di sungai atau telaga. Bayangkan betapa risaunya orang tua mendapati anak dan cucunya keluar rumah menuju ke sungai atau telaga di malam hari yang gelap di mana mereka akan terdedah kepada pelbagai bentuk bahaya contohnya digigit binatang liar, terpijak ke dalam lubang, di culik manusia jahat dsb....maka melarang daripada mandi malam dan menakutkan kita dengan cerita akan jatuh sakit adalah salah satu penyelesaian. Di sini isu keselamatan adalah sangat jelas mengapa kita dilarang keluar mandi malam....jadi pantang larang begini kekal ke zaman sekarang.

Saya terbaca artikel yang sahih, ada menjelaskan air takungan yang digunakan untuk mandi malam jika diambil daripada air hujan atau air sungai di waktu siang dan dibiar bertakung berjam jam boleh membiak kuman. Ini mungkin membawa kepada risiko jangkitan kuman. Namun senario begini hanya relevan di perkampungan yang mundur infrastrukturnya, iaitu tiada bekalan air bersih berklorin dari paip, bergantung sepenuhnya kepada punca air semulajadi seperti sungai, telaga dan takungan air hujan.

Manfaat mandi malam
dengan menggunakan air hangat suam
  • Kebersihan dan Sanitasi
  • Kesihatan dan memelihara kelembapan kulit
  • Melegakan Sakit Sendi
  • Menghilankan Stress
  • Meningkatkan Imun Sistem
  • Merendahkan Tekanan Darah
  • Keperluan Mandi Hadas Disegerakan

sekiranya ada isu hendak saya terangkan dengan lebih lanjut...boleh komen di ruangan komen

Salam
Dr Redduan